Bajet Sabah 2027 Beri Tumpuan kepada Infrastruktur Asas

Wartawan : Idris Sani Saberun
Jurufoto    : 
Vicky Sylvester Matanjang


KOTA KINABALU: Bajet Sabah 2027 akan memberi tumpuan kepada kemudahan infrastruktur asas, khususnya usaha menaik taraf bekalan air dan jalan raya.


Timbalan Ketua Menteri II, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, kerajaan negeri sedang mendapatkan pandangan pelbagai pihak dalam menyediakan bajet berkenaan.

"Pihak Kementerian Kewangan masih dalam proses untuk kerajaan negeri menyediakan Bajet 2027.

"Pada akhirnya, seperti biasa, bajet ini harus disesuaikan dengan hasil negeri kita.

"Penting kita kekalkan pengurusan kewangan dan tadbir urus yang baik dalam menyediakan bajet.

"Dan seperti biasa, peruntukan terbesar antaranya untuk bekalan air dan jalan raya," katanya.


Masidi ketika ditemui media


Beliau berkata demikian ketika ditemui media sejurus menghadiri Majlis Sambutan Perayaan Deepavali anjuran bersama Kerajaan Negeri Sabah dan Dewan Perniagaan India Sabah (SICC), di sini pada Ahad.

Masidi yang juga Menteri Kewangan berkata, kerajaan negeri merancang menggunakan keseluruhan peruntukan tambahan RM900 juta daripada Kerajaan Persekutuan untuk pembangunan, walaupun bayaran itu masih belum diterima.

"Pendapatan maksimum kita mungkin hampir RM8 bilion, kalau masuk RM900 juta itu," ujarnya.

Beliau turut berharap pihak yang diamanahkan melaksanakan projek dapat memastikan setiap ringgit yang dibelanjakan memberi manfaat maksimum kepada rakyat.

Majlis anjuran bersama Kerajaan Negeri Sabah dan SICC itu dihadiri lebih 1,400 orang yang juga turut diserikan dengan kehadiran Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Noor dan isteri, Datin Seri Panglima Juliah Salag./Penerangan-

Comments

Popular posts from this blog

Sepeda Amal Borneo 2025 Bermula 27 Julai Hingga 1 Ogos

Pelajar Sabah di Timur Tengah Disaran Jadi Duta Pendidikan

Pengorbanan Darwis Berbaloi, Anak Raih Kejayaan Cemerlang Dalam STPM