Inisiatif Pembangunan Infrastruktur Komuniti Kampung Malangang Baru Model Contoh

Wartawan : Nazri Ramshah Abdul Basah
Jurufoto    : 
Merusin Maruddin


TUARAN: Inisiatif pembangunan infrastruktur komuniti di Kampung Malangang Baru, Kiulu merupakan model contoh terbaik kepada kawasan kampung-kampung di negeri Sabah.


Menteri Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Sabah, Datuk Rubin Balang berkata, pembinaan Pusat Pentadbiran Pembangunan Kampung Malangang Baru, Kiulu merupakan bukti kerjasama erat antara pemimpin setempat dalam menyediakan kemudahan yang memberi manfaat kepada rakyat sepenuhnya.

Rubin menyerahkan replika kunci bangunan kepada Ketua Kampung Malangang Baru.


"Tahniah kepada Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau dan ADUN N.15 Kiulu atas usaha yang baik dalam merealisasikan projek ini di Kiulu yang akan menjadi penanda aras bagi kampung-kampung di bawah seliaan KPLB.

"Kemudahan ini bukan sahaja memastikan pentadbiran kampung diuruskan dengan lebih teratur, bahkan ia akan turut berfungsi sebagai pusat pemuliharaan adat resam serta tradisi masyarakat setempat.

"Meskipun bangunan telah dinaik taraf daripada balai raya, nilai dan identiti sebagai pusat perbincangan serta perpaduan penduduk kampung harus terus dikekalkan," katanya kepada media selepas merasmikan Bangunan Pusat Pentadbiran Pembangunan Kampung Malangang Baru, Kiulu, di sini pada Isnin.

Beliau menegaskan, pusat pentadbiran tersebut dibuka bagi memudahkan urusan harian masyarakat bersama Ketua Kampung dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

Joniston ketika menyampaikan ucapan alu-aluan.


Dalam pada itu, Rubin berkata, kawasan Kiulu terkenal kerana mempunyai kawasan yang sangat strategik dalam sektor pelancongan.

Menurutnya, Kiulu menawarkan pelbagai peluang kepada masyarakat setempat untuk merancakkan pertumbuhan ekonomi melalui sektor pelancongan yang semakin dikenali.

Turut hadir, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Joniston Bangkuai./Penerangan-

Comments

Popular posts from this blog

Sepeda Amal Borneo 2025 Bermula 27 Julai Hingga 1 Ogos

Pelajar Sabah di Timur Tengah Disaran Jadi Duta Pendidikan

Pengorbanan Darwis Berbaloi, Anak Raih Kejayaan Cemerlang Dalam STPM