Posts

KEMAS Pergiat Usaha Tingkat Kemahiran Masyarakat Luar Bandar

Image
 Wartawan: Nazri Ramsyah Jurufoto: Vicky Matanjang KOTA KINABALU: Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Negeri Sabah terus mempergiat usaha dalam membantu meningkatkan pengetahuan masyarakat luar bandar melalui pendidikan kemahiran. Pengarah KEMAS Sabah, Ahmad Fakhrul Azman Muhammad Radzi berkata, program pendidikan kemahiran yang dijalankan bertujuan memberikan penonjolan serta keterampilan kepada para peserta, agar mereka berani menceburi bidang perniagaan di dunia luar. "Para peserta akan mengikuti kelas-kelas pengajian yang akan berlangsung selama setahun bagi memberikan pendedahan asas kemahiran mengikut minat peserta, sekali gus membuka peluang kepada sektor keusahawanan bagi menjana pendapatan tambahan keluarga.  Ahmad menyampaikan ucapan alu-aluan. "Antara kemahiran yang menjadi pilihan para peserta merupakan bidang seperti masakan, jahitan, dandanan diri serta seni tangan yang sentiasa mendapat perhatian tinggi terutamanya daripada golongan wanita dan suri rumah. ...

Kerajaan Komited Seimbangkan Pembangunan, Kelestarian Alam Sekitar

Image
 Wartawan: Abdu Azmi Mohd Ibrahim Jurufoto: Johnny Joklis KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri Sabah komited untuk memastikan kelestarian alam sekitar serta pembangunan sosial dan ekonomi dilaksanakan secara seimbang. Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Jafry Ariffin berkata, dua agensi penting menjadi tonggak kerajaan dalam usaha melindungi alam sekitar di Sabah iaitu Jabatan Perlindungan Alam Sekitar (JPAS) dan Jabatan Alam Sekitar Negeri Sabah (JAS). "JPAS adalah jabatan di bawah Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar (KePKAS) yang menguatkuasakan Enakmen Perlindungan Alam Sekitar 2002 dan memainkan peranan utama dalam memastikan dimensi alam sekitar diterapkan sewajarnya ke dalam perancangan, pelaksanaan dan kawalan aktiviti pembangunan, serta penggunaan sumber asli secara mampan. Jafry (duduk, tengah) bergambar kenangan bersama semua yang hadir. "JPAS turut berperanan menangani isu pencemaran dan masalah alam sekitar di Sabah melalui pendekata...

Pendapatan Bawah RM 50,000 Layak Bantuan Guaman

Image
Wartawan: Jurufoto: Jeffren Malaning KOTA KINABALU: Rakyat Sabah yang berpendapatan tahunan di bawah RM50,000 layak mendapatkan bantuan guaman percuma melalui Jabatan Bantuan Guaman (JBG) bagi menyelesaikan pelbagai masalah perundangan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak), Datuk Ir. Ts. Mustapha Sakmud berkata, masih ramai rakyat, terutama di kawasan pedalaman dan kampung tidak mengetahui kewujudan perkhidmatan tersebut sehingga menyebabkan mereka terus menanggung kerugian tanpa mendapatkan bantuan. "Di S abah sahaja, sebanyak 315 kes sivil dan 161 kes syariah telah dikendalikan oleh JBG bagi membantu rakyat yang kurang berkemampuan mendapatkan pembelaan undang-undang. Mustapha semasa menyampaikan ucapan perasmian. "Warganegara yang berpendapatan di bawah RM50,000 boleh minta bantuan dan memang ada disediakan panel yang layak yang boleh mengendalikan kes berkenaan. "Saya minta kepada semua pemimpin masyarakat yang ada di sini untuk kita sama-sama mewar...

Kerajaan Negeri Tekankan Pembangunan Modal Insan

Image
Wartawan: Nazri Ramsyah Jurufoto: Vicky Matanjang KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri sentiasa memberikan penekanan terhadap pembangunan modal insan.  Isteri Ketua Menteri, Datin Seri Panglima Juliah Salag berkata, bidang kemahiran menjadi pemacu utama pembangunan modal insan berkualiti dan berkemahiran tinggi, selain melahirkan usahawan tempatan. "Program kemahiran Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) berupaya melahirkan usahawan tempatan, khususnya dalam kalangan wanita serta masyarakat luar bandar dalam b idang kemahiran seperti jahitan, masakan, dandanan diri dan seni tangan.  SUASANA... Suasana ketika Juliah (dua dari kiri) melawat reruai usahawan KEMAS. "Kemahiran yang dimiliki pada hari ini bukan sekadar sekeping sijil, tetapi merupakan aset bernilai yang boleh dimanfaatkan untuk menjana pendapatan, meningkatkan taraf ekonomi keluarga dan seterusnya merancakkan pertumbuhan ekonomi komuniti setempat. "Kita juga mahu melahirkan masyarakat yang bukan sahaja berilmu dan ber...

Nelayan Rakan Strategik APMM Pelihara Keselamatan Perairan Negara

Image
Wartawan     :  Florinah Lunsin Jurufoto          : Manjin Arak Hasbullah (tiga dari kiri) ketika pelancaran poster panduan keselamatan sebelum ke laut. KUDAT: Komuniti nelayan antara rakan strategik penting kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dalam memastikan keselamatan, ketenteraman dan kedaulatan perairan negara sentiasa terpelihara. Pengarah Maritim Negeri Sabah dan W.P. Labuan, Laksamana Pertama Maritim Mohd Khairulanuar Abd Majid@Razali berkata, pengetahuan serta maklumat yang dimiliki komuniti nelayan amat bernilai bagi membantu pihak berkuasa mengesan sebarang kejadian atau aktiviti mencurigakan di laut. "Kudat mempunyai kedudukan strategik dari sudut maritim dengan aktiviti perikanan, pengangkutan laut dan perdagangan yang bergantung penuh pada perairan kawasan ini.  "Oleh itu, saya menyeru agar masyarakat tidak teragak-agak menyalurkan maklumat kepada APMM sekiranya mengetahui atau mengesan sebarang kejadian yang b...

Tun Musa Terima Kunjungan Pesuruhjaya Polis Sabah

Image
Wartawan     : Noorsiah Mahmud Jurufoto          :  Volintine Jiloh KENANGAN...Tun Musa (kiri) bergambar kenangan bersama Jauteh. KOTA KINABALU: Yang di-Pertua Negeri, Tun Musa Aman menerima kunjungan hormat Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun di Istana Seri Kinabalu pada Selasa. Kunjungan berkenaan bertujuan memaklumkan kepada Tun Musa mengenai persaraan wajib beliau pada 10 November ini selepas dilantik sebagai Pesuruhjaya Polis Sabah pada 2 Mei 2023./Penerangan-

PERHEBAT Bantu 1,409 Bakal Pesara, Veteran ATM Bina Kerjaya Kedua

Image
Wartawan     : Mantisa James Jurufoto          : Johny George Kimlon KENANGAN...Ahmad (depan, tiga dari kanan) bergambar bersama seluruh graduan dan tetamu. KOTA KINABALU: Pelan Transformasi Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) merekodkan kejayaan 1,409 bakal pesara dan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) meraih manfaat Kerjaya Kedua Perwira. Panglima Armada Timur, Laksamana Madya Datuk Ahmad Shafirudin Abu Bakar berkata, usaha itu dilaksanakan dengan menghubungkan secara langsung bakal pesara ATM dengan keperluan sebenar industri dan pasaran kerja. "Sehingga September 2026, PERHEBAT membuka peluang pekerjaan dan memperkukuh kebolehpasaran 1,409 bakal pesara dan veteran ATM dalam pasaran kerja bernilai tinggi. "Daripada jumlah itu, 781 veteran berjaya mendapat pekerjaan dalam sektor strategik seperti aeroangkasa, automotif, logistik dan perkhidmatan dengan purata gaji RM2,970 hingga RM5,000 manakala 628 sedang mengikuti latihan in...